Sinar mentari ke dahan pokok,
Mustahil bayangnya terhasil lurus;
Jika bersamamu aku terbengkok,
Aku sanggup tinggalkan lurus.
Akarnya kukuh tanah satukan;
Jika lurus engkau abaikan,
Isterimu bengkok gagal kau luruskan.
Tegak Sena ditengah desa,
Teduh rimbun tempat bertapa;
Jika ilmumu penuh di dada,
Untung suami berumah tangga.
Kemboja indah kelicap singgah,
Kelicap terbang indah tak jemu;
Jika engkau imam yang gah,
Usah risau siapa makmummu.
Batang nyiur budinya titi,
Pelepah ke sungai turut mengalir;
Jika engkau muslimah sejati,
Kelak anak kitab di bibir.
Dahan cempaka jadinya arang,
Tidak hitam padanya meranti;
Tidak iman boleh diwarisi.
Embun sedih keladi gagal,
Berembun tidak sedari dulu;
Jika engkau banyak persoal,
Entah bila kita kan bersatu.
Desir halus sekawan palas,
Gagal serasi serentak tidak;
Jika engkau gagap membalas,
Entah jadi entahkan tidak.
Jangan kacau rimbun semalu,
Hilang kembang kucupnya kaku;
Jika untukku tiada yakinmu,
Ambil kapak belah dadaku.
Hilang harum jadinya lusuh;
Jika mahu dirikan musala,
Cinta sahaja tidak utuh.
Tumpangnya kesturi jadi warisan,
Tumbuh sendiri terasa ragu;
Jika itu engkau debatkan,
Aku harus pergi berguru.
Assalamualaikum dan salam perkenalan.Blok saudari menarik penuh dengan unsur-unsur bahasa.Teruskan
BalasPadamWaalaikumussalam. Salam perkenalan. Terima kasih atas ulasan yang membina. Hanya satu usaha yang kecil untuk Bahasa Melayu. :)
BalasPadam