Semalam aku telefon dia lagi...


Tiap-tiap hari aku nak dengar suara dia... huhuhu kadang dah habis modal nak borak. Ye lah, tiap-tiap hari telefon. Tapi dia tetap layan aku... huhuhu Sweet kan dia? Hmm...
Macam biasa, aku akan tanya dia, "Masak apa hari ini?" 
dan wajib dia akan jawab, "Alaa... ikan goreng je..." 
Ha...? Ikan goreng je... Tiap-tiap hari ikan goreng. Aku tahu dia tipu. :)

Teringat pula pada pasangan dia, yang tak pernah cakap tak sedap. Semua apa yang dia masak. Pasti ! Pasangannya akan makan dengan sungguh berselera, walau masin, tawar, kalau nasi hangit pun boleh tambah 2 3 pinggan. Hmm... Seronok tengok mereka ni. Biasanya dia akan tunggu pasangannya makan sambil cerita macam-macam dan pasangannya pula akan angguk saja. Aku pun nanti nak pasangan macam tu lah...huhuhu ;)  Dah lah, selalu tenang... 

Pernah sekali kami asyik duk borak-borak, sambil dia yang  memasak, aku tunggu nak makan saja... huhuhu. Tetiba dia suruh aku tolong tengok-tengokkan lauk kat atas dapur tu. Ingatkan dia nak pergi mana. Rupanya pergi menyorok kat tepi peti ais sebab pasangannya dah balik waktu lunch. Pasangannya pula, buat tak tahu saja. Entahlah nampak ke tidak. Sudahnya, dia merajuk...
"Balik rumah, tapi tak cari saya pun...", katanya... 
"Ooo... menyorok ke tadi? Kenapa tak bagitahu...?" hahaha... Comel sungguh.

Rumah tu pula. Kalau tak ada dia. Sunyi. Tak tahu nak buat apa. Tengok tv pun macam tak ada suara. Hmm.. dahsyat kan...? Semangat dia tu... Kalau dia hilang semangat, hilang seluruh semangat warisnya. Tapi pasangannya akan sedaya pulihkan semangat dia, untuk semangat waris-warisnya juga. Itu antara yang dimaksudkan saling melengkapi... Kan...?

~ Salam sayang buat Ma & Abah. <3




3 ulasan:

  1. Tanpa Nama00:24

    Sungguh terharu saya membaca kisah pasangan y saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..Untung la kan masih dpt melihat kedua orang tua kita hidup bahagia,,anak-anak pon mesti akan tumpang bahagia jika ibu dan ayah bahagia..Walaupun saya tidak merasa ape y awak rase tapi izinkn saya menumpang atas kebahagiaan ibu dan ayah awak..Mungkin saya ni xmalu kn hendak menumpang kasih dari orang,tapi saya cume ingin merase sedikit kebahagiaan untuk sedetik bile bersama insan yang bernama AYAH..

    BalasPadam
  2. Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk saudara/saudari.
    Maaf kiranya catatan saya itu memberi rasa yang kurang selesa pada saudara/i. Walaupun tidak merasai kasih seorang AYAH tapi percayalah dia sangat sayangkan saudara/i. Kalau saudari, sama-samalah kita berusaha jadi anak yang solehah. Hormat dan sayangi IBU, itulah insan yang ayah kita sayang. Kalau saudara, dengan izin Allah bakal bergelar ayah atau sudahpun bergelar ayah. Curahkan rasa kasih, tunjukkan rasa sayang pada mereka. Biar mereka rasa 'sayang' itu dari kita. Sebelum nyawa kita dijemput pulang. Wallahualam.

    ~ Terlebih, terkurang mohon maaf.
    Terima kasih atas ulasan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. TErima kasih kepada saudari kerana sudi..Saya senank Kok membace kisah yang telah saudari terbitkan,sekurang-kurangnye dapat juga berkongsi kisah keluarga yang begitu ceria..Sungguh kelihatan gembira keadaan yang telah saudari gambarkan..Begitu teruja sekali dan dapat menyentuh hati serta sanubari saya untuk menitiskan air mata kesayuan..

      ~ DiMaafkan.
      Sama-sama atas ulasan..

      Padam